News

Jabatan Pertanian Lawas sokong usaha petani perluaskan tanaman padi Adan
Posted on : 31 Jul 2022  Source of News: Utusan Borneo
 


LAWAS: Kerajaan melalui Jabatan Pertanian Daerah  Lawas menyokong usaha golongan petani khususnya di Lawas memperluas tanaman padi Adan iaitu beras tempatan di negeri ini bagi meningkatkan pendapatan petani.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Henry Sum Agong berkata, kerajaan melalui pelbagai kementerian serta agensi menyediakan banyak kemudahan dan bantuan kepada warga tani meluaskan tanaman padi tempatan selain penternak dan nelayan di negara ini.

“Oleh itu, pemilik tanah-tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) digalak bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Daerah meningkatkan hasil tani khususnya tanaman padi Adan dan ternakan,” katanya pada Majlis Makan Malam sempena Hari Kecergasan Kelab Pertanian Sarawak Cawangan Lawas.

Hadir sama Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Datuk Pengiran Jawa, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pegawai Pertanian Bahagian Limbang Jakeria Rambli, Penguasa Jabatan Pertanian Daerah Lawas Doraup Mail dan Exco Pemuda PBB Sarawak merangkap Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Ba'Kelalan Steve Lius.

Ahli Parlimen Lawas itu menjelaskan bahawa krisis makanan global dan geopolitik global yang membawa kepada inflasi seluruh dunia perlu dilihat sebagai pengajaran keadaan semasa perlu dimanfaat untuk meningkatkan sektor makanan.

"Semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita bersyukur rakyat di Lawas tidak berdepan masalah mendapatkan makanan.

“Ini kerana Jabatan Pertanian khususnya Kementerian Pertanian Sarawak melalui Pertubuhan Peladang Kawasan membeli hasil tani tidak dapat dijual untuk diagih kepada rakyat yang terkurung ketika PKP," jelasnya.

Useful Links