News

Seberang Bintangor berpotensi sebagai kawasan pengeluar makanan
Posted on : 04 Jul 2022  Source of News: Utusan Borneo
 


BINTANGOR: Kawasan Nanga Bangkit, Sungai Sian dan Bunut di sini berpotensi sebagai pengeluar hasil pertanian komersial, kata Timbalan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol.

Beliau dimaklumkan oleh agensi berkaitan bahawa terdapat kawasan tidak kurang 400 ekar di kawasan Sungai Sian berpotensi untuk kawasan pertanian atau pengeluar makanan, justeru adalah diharap supaya jalan raya di kawasan ini dapat dinaiktaraf.

Penduduk di kawasan itu masih bergantung dengan feri untuk ke Bintangor dan bandar-bandar lain.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata, dua jalan utama telah melalui proses penilaian oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), iaitu di Nanga Bangkit sepanjang sembillan kilometer dengan anggaran kos RM35 juta dan di Bunut sepanjang lima kilometer dengan anggaran kos RM45juta.

“Kedua-dua jalan ini dianggap kritikal untuk penempatan 14 rumah panjang serta dua kampung di kawasan tersebut,,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ngiling Bidai di Selidap, Bunut dan Sungai Sian pada Ahad.

Sementara itu, Abdullah telah mengadakan Program Jelajah Gawai Ngiling Bidai di 12 lokasi yang melibatkan 50 rumah panjang selama empat hari.

Menerusi program ini, beliau telah menyampaikan peruntukan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada semua 50 rumah panjang dalam DUN Semop berjumlah RM84,100.

Beliau turut berkongsi maklumat tentang pelaksanaan beberapa projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan pemimpin-pemimpin rumah panjang.

Useful Links