News

Rebut peluang untuk majukan bidang pertanian
Posted on : 24 Nov 2021  Source of News: Sarawak Voice
 

LAWAS: Para petani di daerah Lawas diseru untuk merebut peluang yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan bidang pertanian.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan serta peruntukan bagi memajukan sektor tersebut.

“Kerajaan akan terus berusaha untuk memajukan bidang pertanian ini dengan bantuan-bantuan serta peruntukan ke arah ini.

“Malah, bantuan wang ehsan juga disalurkan oleh kerajaan kepada golongan sasar yang menghadapi kesukaran dimana hasil pendapatan mereka terjejas pada musim tertentu,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Agriculture Community Outreach programme (AgriCOP) dan Peladang Prihatin Sarawak di Dataran DA Sango , Tang Sango pada Sabtu.

Beliau menambah, mereka juga perlu memberi kerjasama kepada kerajaan dalam program-program yang bakal dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Daerah Lawas.

Mengenai program yang dijalankan itu, Dato Henry Sum Agong telah menyerahkan sejumlah RM 213, 272 bantuan barang-barang input pertanian dan bantuan wang ehsan sejumlah RM 51,000 musim tengkujuh serta penyerahan secara simbolik hasil tani menerusi program Peladang Prihatin Sarawak. 

Useful Links