News

Kerajaan Sarawak beli lambakan 72 tan nanas di Dalat untuk agihan percuma kepada rakyat
Posted on : 20 Jul 2021  Source of News: Utusan Borneo
 



KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak mengambil langkah membeli lebih 72 tan lambakan buah nanas dari pekebun di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat, untuk diagihkan  sebagai barangan makanan percuma kepada penduduk kawasan itu dan sekitarnya.


Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, lambakan tuaian nanas di kawasan terbabit disebabkan pekebun sukar memasarkan tuaian itu, akibat pandemik COVID-19.


“Menyedari pekebun nanas ini tidak dapat menjual nanas mereka disebabkan sekatan pergerakan dan kesukaran mendapatkan kenderaan, jadi kerajaan beli balik nanas melalui persatuan peladang,” katanya selepas merasmikan pemberian bantuan pek barangan makanan Program Pantri Komuniti di sini, pada Isnin.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, persatuan peladang kemudiannya menjualkan nanas berkenaan kepada pusat khidmat kawasannya, bagi diagihkan kepada penduduk kampung kawasan itu secara percuma.


“Oleh kerana lambakannya banyak dan penghantarannya hari ini masih ada, maka kita agihkan lagi rezeki (nanas) itu lagi ke kawasan DUN yang berjiran,” katanya.

Useful Links