<< EVENT LIST

PROGRAM WEBINAR PENSIJILAN myGAP DAN KEPENTINGANNYA DALAM INDUSTRI AGROMAKANAN (TANAMAN) NEGARA

Jabatan Pertanian akan menganjurkan satu Program Webinar Pensijilan myGAP dan Kepentingannya dalam Industri Agromakanan (Tanaman) Negara kepada pihak syarikat swasta, syarikat pengeksport, ahli-ahli persatuan tanaman, pegawai-pegawai Jabatan Pertanian serta Agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) yang terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan negara.

Di samping itu, program webinar ini turut menjemput wakil pihak industri bagi perkongsian pengalaman mengenai pensijilan myGAP dan menjemput pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyampaikan satu taklimat khas berkenaan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membabitkan organisasi komersial.

Objektif program ini adalah untuk menyebarluaskan dan memberi kesedaran mengenai kepentingan pensijilan myGAP kepada semua pihak khasnya pemain-pemain industri yang terlibat di sepanjang rantaian nilai pengeluaran bekalan makanan negara.

Date: 02 Jul 2021
Venue: ZOOM Webinar
Organizer: Jabatan Pertanian Malaysia

For more information, please visit https://bit.ly/3h8DJOg

Useful Links