Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS), Majlis Perbandaran Sibu (MPS), serta Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) bakal mengadakan ‘Rabies Elimination Programme In Sibu - Dog Licensing, Vaccination And Microchipping’ pada 18 Jun 2022, jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang di Dewan Suarah Sibu.
Pemilik anjing terutama mereka dari kawasan MPS dan MDLBS adalah digalakkan membawa anjing mereka bagi mendapatkan vaksinasi, lesen dan mikrocip sebagai salah satu strategi pencegahan wabak rabies dan juga sebagai pematuhan kepada ‘The Local Authorities (Dog Licensing and Control) By-Laws, 2018’.
Date: | 18 Jun 2022 |
Venue: | Dewan Suarah Sibu, Sibu, Sarawak |
Organizer: | Ministry of Public Health, Housing & Local Government Sarawak |
For more information, please visit https://mphlg.sarawak.gov.my/ |