Date: 08 Apr 2021
Venue: Hotel Imperial, Kuching
Majlis Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat & Pembangunan Wilayah (MANRED), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS), Lembaga Penyatuan & Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA), dan Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB) telah dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman), YB Datuk Talip Bin Haji Zulpilip.
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) ini adalah merupakan dokumen dasar antirasuah yang amat penting di peringkat organisasi dan bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi.
Turut hadir adalah YB Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat & Pembangunan Wilayah Sarawak; YBhg. Encik Edwin Abit, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat & Pembangunan Wilayah Sarawak; YBhg. Tuan Haji Adana Bin Haji Jed, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION); YBhg. Dr. Adrian Susin Ambud, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS); Encik Joseph Blandoi, Pengurus Besar Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA); Encik Siang Mandaw, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB); dan Encik Othman Bin Anyan, wakil Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak.
Hit: 377