Date: 29 Mar 2021
Venue: Bilik Mesyuarat Tingkat 4 MANRED, Bangunan Baitulmakmur 1, Petrajaya, Kuching, Sarawak
Kunjungan hormat oleh Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), YBhg. Encik Bohari Bin Haji Leng dan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Sarawak, Hajah Khaironesak Binti Omar, kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED), YBhg. Encik Edwin Abit
Turut hadir ialah beberapa orang pegawai daripada MANRED, LKIM Negeri Sarawak, JPLS dan Bahagian Perikanan Darat DOA.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah bagi membincangkan pewujudan satu kerjasama strategik yang kukuh antara pihak Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako (PPLTB) dan pihak MANRED bagi memajukan PPLTB sebagai sebuah hub perikanan terkemuka negara selaras dengan hasrat LKIM dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Hit: 277