Sarawak ID|Register
Announcements

News

Inspirasi 'Sir Ladang' kepada penternak muda
Posted on : 26 Jan 2022  Source of News: Harian Metro
 
'Sir Ladang' atau Ridzuan (kiri) dan adiknya, Hanafi mengambil inisiatif menimba ilmu dalam soal penternakan dan penjagaan lembu daripada pengusaha ladang lembu berpengalaman di kampung mereka di Felda Bukit Kepayang, Bera, Pahang. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Kewujudan media sosial seperti TikTok bukan sahaja menjadi platform kepada masyarakat mempamerkan bakat dan kreativiti dalam berkarya, malah dapat memberi manfaat dalam kelebihan berkomunikasi dan bersosial.
Melalui aplikasi itu, pensyarah Ridzuan Khalid, 39, terus aktif berkongsi segala aktiviti hariannya terutamanya selepas berjinak-jinak dalam bidang penternakan lembu di Felda Bukit Kepayang, Bera, Pahang sejak Mac 2021.
Usaha pensyarah bidang perhotelan di Kolej Komuniti Rompin itu ternyata bukan sahaja menarik perhatian penuntutnya bahkan pengguna TikTok lain sekali gus 'membuka mata' orang ramai khususnya golongan belia untuk menceburi kerjaya tidak 'glamor' itu.
"Asalnya, akaun itu dibuka untuk menilai tugasan yang diberikan kepada penuntut saya bagi subjek keusahawanan terutamanya dalam aspek kebolehan menonjolkan diri mereka.
"Jadi, saya ambil pendekatan sama dengan memuat naik video agar mereka boleh jadikannya sebagai rujukan, ditambah pula ketika itu saya banyak menghabiskan masa di kandang lembu," katanya kepada Bernama.
Tanpa disangka-sangka, Ridzuan berkata, inisiatifnya itu mendapat maklum balas sangat positif terutamanya golongan muda dan ada yang menghubunginya bertanyakan cara untuk bermula dan menternak lembu.

"Jadi, apa yang saya lakukan ini bertujuan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan. Jangan rasa malu dan segan, bidang ini mempunyai masa depan yang sangat cerah dengan pasaran yang tinggi dan luas," katanya yang mempunyai hampir 37,000 pengikut di platform media sosial itu.

Ridzuan yang juga digelar 'Sir Ladang' dalam kalangan pengikut di TikTok, memilih untuk menceburi bidang ternakan lembu selepas menyedari potensinya yang semakin berkembang sekali gus membantu menjana pendapatan sampingan.

Pada masa sama, katanya, ia juga dilakukan bagi menghargai pengorbanan adiknya, Hanafi Khalid, 35, yang sanggup menetap di kampung halaman bagi menjaga kedua ibu bapa mereka.

"Kami bermula dengan modal permulaan RM10,000 bagi tujuan membina kandang dan membeli tiga ekor lembu. Selepas melihat potensinya, saya membuat keputusan untuk melabur wang simpanan dengan membeli 12 ekor lembu lagi dan merancang untuk menambahnya hingga 30 ekor tahun ini.

"Walaupun ada permintaan, buat masa ini kami masih dalam fasa belajar, mengenali dan membiak lembu. Bagaimanapun, kami sudah mula menerima tempahan bagi tujuan ibadah korban tahun ini," katanya yang membantu menguruskan ladangnya selepas waktu bekerja dan hujung minggu.

Mengakui tiada asas dan pengetahuan dalam soal penternakan dan penjagaan lembu, Ridzuan dan Hanafi mengambil inisiatif menimba ilmu daripada pengusaha ladang lembu berpengalaman di kampungnya selain mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

"Jujurnya, bidang ini memang sangat mencabar apatah lagi untuk kami yang memang zero knowledge. Jadi, apa yang kami buat adalah dengan mencari penternak lembu yang berpengalaman termasuk menonton video di YouTube untuk belajar cara mengendalikan dan menguruskan ladang," katanya.

Jelas anak kelima dari sembilan adik beradik itu, walaupun mempunyai pekerjaan tetap dan stabil, bidang penternakan lembu memberikannya kepuasan berbeza.

"Bila mengajar, saya puas jika anak didik berjaya tetapi bila 'bermain' dengan alam ia memberi keseronokan tersendiri sehingga mampu menghilangkan tekanan kerja. Ia bagaikan satu terapi buat saya lebih-lebih lagi bila lembu-lembu ini semakin jinak dan manja bahkan kenal saya sebagai tuan mereka," katanya yang merancang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang hospitaliti dan pelancongan pada 2023.

Dalam pada itu, Ridzuan juga bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaannya itu dengan menjadi pembekal daging segar dalam tempoh lima tahun akan datang selain mengusahakan ladang sayur-sayuran.

Useful Links