News

Harga siling ayam standard di Sarawak antara RM9.80-RM12.90
Posted on : 30 Jun 2022  Source of News: Utusan Borneo
 


KUCHING: Harga siling runcit ayam standard di Sarawak ditetapkan antara RM9.80 dan RM12.90 sekilogram bergantung dengan lokasi, berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Ogos.

Menerusi senarai dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), harga runcit ayam standard di Kuching, Lundu, Bau, Serian, Simunjan, Samarahan, Asajaya, Sibu, Kanowit,  Selangau, Miri, Marudi, Bintulu, Tatau, Sebauh, Sarikei, Julau, Pakan, Meradong, Mukah, Dalat, Matu dan Daro ditetapkan pada RM9.80 sekilogram.

Di Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu harga siling ialah RM10.50 sekilogram, manakala bagi Kapit, Bukit Mabong, Song dan Belaga, harga sekilogram ialah RM11.40, dan di Limbang dan Lawas ditetapkan RM12.90 sekilogram.

Bagi ayam super, harga runcit adalah dalam lingkungan RM10.80 sekilogram di kebanyakan daerah, manakala ada yang lebih RM11.50, RM12.40 dan RM13.90 sekilogram.

Bagi ayam hidup, harga runcit antara RM6.80 dan RM8.60 sekilogram.

Telur gred A kebanyakannya berharga 47 sen sebiji di peringkat runcit di kebanyakan daerah, tetapi di Limbang dan Lawas pembeli perlu membayar 49 sen sebiji.

Manakala di Kapit, Bukit Mabong, Song dan Belaga akan membayar sehingga 50 sen sebiji telur.

Telur gred B berkisar antara 45 sen dan 48 sen setiap sebiji, dan telur Gred C antara 43 sen dan 46 sen setiap satu.

Useful Links